Seimbangkan pemakanan kita dengan Spirulina



Cara hidup sibuk zaman kini yang lebih mengutamakan makanan yang lazat, mudah dan pantas dihidangkan semuanya akan menyebabkan kekurangan nutrien perlu dan kencenderungan terhadap keadaan badan yang berasid.

Badan manusia memerlukan 46 jenis nutrien perlu daripada pemakanan harian. Nutrien perlu ini :-
  • Kebanyakkannya tidak dapat dihasilkan oleh badan - 100% mesti ambil dari sumber makanan
  • Dikumuhkan, dihilangkan atau diuraikan setiap hari - padahal badan memerlukannya setiap hari
  • Patut dimakan dalam kadar seimbang - Pengambilan nutrisi patut seimbang
  • Saling bergantung dan mungkin tidak boleh berfungi tanpa kehadiran mana-mana satu - Kesemua 46 jenis nutrien perlu hadir bersama setiap masa
Kekurangan sejenis nutrien perlu mungkin menghadkan penyerapan nutrien lain dan seterusnya menyebabkan pembaziran yang tidak perlu.

Kekurangan ini akan menyebabkan fungsi dan sel organ terganggu, keadaan separa sihat dan penyakit-penyakit lain antaranya :-

  • Penyakit Peparu
  • Penyakit Hepatik
  • Penyakit Buah pinggang
  • Penyakit Jantung
  • Anemia
  • Katarak
  • Kencing Manis
  • Pigmentasi
  • Sakit Kepala
  • Kekebasan
  • Buasir
  • Sakit Otot
  • Gastrik
  • Sakit Bahu
  • Jerawat
  • Sakit Sendi
  • Keletihan
  • Sembelit
  • Alahan Kulit
  • Ulser perut


Apa itu Spirulina??

Kehidupan bumi bermula di dalam laut. Sumber makanan pertama ialah lumut dan alga. Spirulina ialah salah satu bentuk kehidupan pra-sejarah yang paling purba, dengan rekod kewujudan selama 350 juta tahun.

Spirulina ialah mikroalga yang membiak dalam cuaca panas bermatahari dan air beralkali di seluruh dunia.. ia mengandungi kepekatan nutrien yang tidak tertanding oleh mana-mana satu bijian, herba atau tumbuhan lain.

Ia 1000 kali lebih tinggi kandungan nutriennya berbanding dengan rumpair dan sayur-sayuran. Apabila dimakan setiap hari, spirulina akan mengganti mana-mana nutrien yang kekurangan dalam diet yang kurang buah-buahan dan sayur-sayuran; membekalkan nutrien seimbang dan memperbaiki keadaan badan berasid.

Spirulina ialah raja sumber Beta-Karotena
Mempunyai 25 kali lebih tinggi Beta-Karotena daripada lobak merah. Kajian mendapati Beta-Karotena memberi faedah kepada pesakit-pesakit yang menderita daripada kanser disebabkan tabiat merokok seperti kanser peparu, kanser kerongkong, kanser esofagus, kanser prostat dan kanser uterus

Risiko serangan jantung berkurang
Pesakit yang mengambil Beta-Karoten berkurang risiko serangan jantung kepada setengah jika dibandingkan dengan pesakit yang tidak mengambilnya

Mengambil Spirulina Boleh mencegah Anemia
Spirulina boleh meningkatkan kepekatan sel darah merah, serta membantu mencegah anemia dan mencantikkan kulit wanita. Ia mengandungi 2.5 kali lebih tinggi Vitamin B12 berbanding hati lembu dan 30 kali lebih tinggi klorofil A dari rumput gandum
30 hari selepas mengambil spirulina, tahap hemoglobin darah naik sebanyak 21%
Spirulina mengandungi 56 kali lebih tinggi zat besi dari sayur bayam. Di Jepun, 8 wanita menghadkan pengambilan makanan mereka untuk kurus dan mengalami anemia. Mengambil 4 gram spirulina selepas makan selama 30 hari, tahap hemoglobin darah akan naik sebanyak 21%.

Pencapaian Akademik meningkat sebanyak 81%
Mempunyai 3 kali lebih tinggi Asid Gama-Linolenik dari Minyak Evening Primrose (EPO). Kajian menunjukkan peningkatan 81%  dalam pencapaian akademik kanak-kanak yang mengambil 1 gram spirulina setiap hari selama 6 bulan.

 

Memulihkan sel, melambatkan penuaan, mengurangkan pigmentasi dan mempunyai SOD berkualiti tinggi
Spirulina mengandungi asid nukleik yang paling tinggi berbanding dengan makanan lain. Apabila umur semakin meningkat, kebolehan untuk mengekalkan air selular dan menghasilkan asid nukleik akan menurun. Ini menyebabkan proses penuaan kulit.Spirulina membantu mengatasi masalah tersebut dan melambatkan proses penuaan, Jika spirulina dimakan berterusan beberapa bulan, pigmentasi akan berkurangan. Seperti diketahui umum, asid nukleik merupakan sumber asas kecantikan.

Harga :- 1 botol 250 biji RM90
              1 botol 500 biji RM156
              1 botol 1500 biji RM353
              1 botol 3000 biji RM707   
(harga di atas tidak termasuk kos pos. Untuk mendapatkan harga ahli, sila hubungi saya melalui sms atau e-mel. Untuk penghantaran di kawasan sekitar Melaka kos pos tidak dikenakan.)          

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trying To Conceive

Lilypie Trying to Conceive 15 to 80 day cycle tickers