Showing posts with label Resepi dan Masakan. Show all posts
Showing posts with label Resepi dan Masakan. Show all posts

Kek Coklat Lembab

Tetiba tekak terasa nak makan kek coklat lembab..apa lagi melilau mata carik resepi kat tenet nie..meh aku sharekan resepi..hehehe

Kek Coklat Lembab

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

BAHAN A
1 sudu kecil esen vanilla
1 ½ cawan susu segar (coklat)

BAHAN B (ayakkan semua bahan)
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
½ cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

TOPPING
½ cawan koko
½ cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1.    Pukul telur hingga kembang
2.    Masukkan gula dan pukul lagi
3.    Selepas itu, masukkan minyak masak
4.    Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi berselang dengan bahan A. Gaul hingga sebati
5.    Bakar pada suhu 1700C selama 1 jam atau sampai masak
6.    Untuk topping, masukkan semua bahan ke dalam periuk, panaskan dengan api kecil sampai nampak sebati. Kemudian tuangkan ke atas kek. Siap…..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trying To Conceive

Lilypie Trying to Conceive 15 to 80 day cycle tickers