Anda tepat kerana membaca ruangan ini. Kalau cerita pasal ingin kulit cantik,gebu, muda, tidak berkedut pastinya tiada seorang wanita akan menafikan keinginan mereka itu. Siapa yang tak nak cantik? Tapi untuk kelihatan cantik itu memerlukan kos penjagaan yang sangat tinggi. Mana tidaknya, terpaksa ke Beauty centre, SPA, Slimming Centre dsb. Hanya golongan berpendapatan sederhana dan tinggi yang mampu mendapatkan rawatan kecantikan tersebut selalu. Bagi berpendapatan rendah, cukuplah sekadar menggunakan pencuci muka asas dan mungkin bersama krim/ lotion sahaja.
Tapi kini tahukah anda, tidak kira anda berpendapatan tinggi, rendah, sederhana atau langsung tiada pendapatan (suri rumah) anda mampu untuk kelihatan cantik. Berbelanja sedikit dan anda mampu mengekalkan kejelitaan anda ataupun menambahkan lagi kejelitaan anda Bukan itu sahaja, selain mendapat kecantikan diri yang sempurna dan berpanjangan anda juga mampu menambah pendapatan dan mengubah nasib anda.
Saban hari kita terdedah kepada pencemaran udara. Bagaimanakah kita boleh memelihara kecantikan kulit kita jika dalaman kulit kita sendiri tidak sihat? Kita memerlukan Suplemen Dalaman Kulit (nutrikosmetik) yang berkesan yang bukan sahaja membantu mengisi semula kolagen yang hilang daripada kulit malahan yang lebih penting adalah menyekat aktiviti enzim yang akan menguraikan struktur kolagen dan elastin dalam kulit kita bagi memacu sintesis kolagen supaya kadar penghasilan mengatasi kadar degradasinya.
Tahukah anda kolagen dan elastin ialah protein yang membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam, memberikan ketegangan, keanjalan, dan kelembapan yang wajar kepada kulit? Hampir 70% daripada kulit kita adalah kolagen.
Apabila usia meningkat, degradasi kolagen semakin meningkat dan akan menyebabkan kulit mengalami penuaan. Bermula dari berumur 25 tahun kandungan kolagen semulajadi kita semakin mengurang pada kadar 1.5% setahun. Pada usia 40 tahun sintesis kolagen menyusut sekurang-kurangnya 30% berbanding usia 20 tahun.
Selain itu, cahaya UV, pencemaran alam sekitar gaya hidup, tekanan, merokok, mengambil alkohol akan menambahkan lagi radikal bebas dalam kulit yang boleh merosakkan struktur kulit.
Tanda-tanda penuaan kulit berpunca daripada kekurangan kolagen :-
- Kulit Kering
- Lingkaran Hitam Bawah Mata
- Kusam dan nada kulit tidak sekata
- Kulit hilang keanjalan (melandur)
- Garis-garis halus/ kedutan
Oleh yang demikian, pihak Elken telah memperkenalkan 1 produk kecantikan yang amat mustajab bagi menangani masalah utama wanita ini. Dengan EL Marino segalanya tidak mustahil. EL Marino merupakan minuman kolagen yang menggabungkan 2 teknologi canggih dari Perancis iaitu:-
- Collative - Kolagen Terhidrolisis & Elastin Peptida (Collative)
Menyekat enzim yang menguraikan struktur kolagen & elastin kulit
Walaupun pada kepekatan yang rendah Aktif El Marino terbukti berkesan menyekat kedua-dua enzim kolagenis (75%) dan elastas (98%) yang menguraikan struktur kolagen dan elastin. Oleh yang demikian mampu mencegah kulit dari mengalami proses PENUAAN.
Mempercepat Sintesis Kolagen dan Elastin baru
Aktif EL Marino meneutralkan sel radikal bebas dalam sel kulit dan mitokondria sel. Mencergaskan sel sitesis kolagen. Oleh yang demikian ia mampu meningkatkan sintesis protein kolagen dan memperbaiki penghidratan, kelicinan, kecerahan tompok hitam kulit.
Menggantikan kehilangan kolagen dan elastin dalam dermis
Menghasilkan kesan lembapan yang tinggi pada lapisan epidermis dan dermis untuk kulit lebih halus.
Apabila diuji pada wanita Asia :-
- 100% mengalami pengurangan garis halus dan kedut selepas menggunakan produk selama 4 minggu
- 85% mengalami peningkatan kehalusan kulit selepas menggunakan produk selama 4 minggu
- 78% mengalami peningkatan dalam penghidratan kulit selepas menggunakan produk selama 4 minggu
- 52% mengalami kecerahan tompok hitam selepas menggunakan produk selama 4 minggu
**Beli 2 Kotak EL Marino (30 sachet) percuma 1 Body Basics Hand Creme (50g) RM376 shj
No comments:
Post a Comment