Berpuasa Cara Bijak & Sihat dengan Elken Spirulina


Kesihatan merupakan nikmat tak terhingga yang ALLAH berikan kepada hambanya. Adalah penting kita sebagai hambanya menghargai kesihatan yang diberikan oleh Allah s.w.t itu dengan sebaik-baiknya. Jangan kita mudah putus asa sekiranya ALLAH memberikan penyakit kepada kita, mungkin kita terlupa sesuatu sebelum ini sehingga menyebabkan kita tidak bersyukur dengan kesihatan yang telah diberikan NYA.

 
Bagaimanapun ALLAH menjadikan 1 bulan dimana umat ISLAM diwajibkan berpuasa bagi membolehkan tubuh kita berehat dari pola makanan yang berlebihan. Kadang-kadang tanpa kita sedar sebenarnya kita sentiasa memaksa usus kita bekerja tanpa rehat kecuali tidur. Keadaan begini yang akan menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Oleh itu, biarkanlah alat pencernaan kita berehat secukupnya dalam bulan kebesaran ini.

 
Puasa itu antara kewajipan agama. Ia sebenarnya memanfaatkan kesihatan apabila dilakukan dengan betul. Ia juga merupakan nikmat ALLAH yang tiada pada bulan-bulan lain.  Oleh yang demikian carilah kesihatan yang mungkin telah lama hilang tanpa kita sedar di dalam bulan yang barakah ini. Bukankah mencari kesihatan itu dituntut di dalam Islam? Bahkan jika melakukannya di dalam bulan kebesaran dijanjikan pahala oleh ALLAH s.w.t.

Dengan berpuasa kita sebenarnya membantu badan kita membuang sisa toksin (secara detoksifikasi).Bagi memudahkan lagi pembuangan sisa toksin di dalam badan sewaktu mengerjakan ibadah puasa, ambil 5-10 biji spirulina sewaktu bersahur. Ia bukan saja membantu tubuh badan kita mengekalkan kesihatan malah turut membantu meningkatkan tenaga.Ia juga berupaya mengurangkan rasa ketidakselesaan dan rasa lapar.

Spirulina Elken merupakan :-
  • 100% organik
  • 100% alkali untuk merendahkan paras asid badan dan seimbangkan PH
  • 70% protein untuk paras tenaga berterusan dan mengurangkan rasa lapar
  • 46 Nutrien penting untuk menyuburkan badan
  • Vitamin B kompleks untuk meningkatkan kepekaan dan produktiviti
  • Klorofil yang membantu dalam detoksifikasi
  • Sarat dengan fitonutrien & antioksidan termasuk beta-karotena untuk menguatkan sistem imun
  • Mudah dihadam & mudah serap- baik untuk kanak-kanak, warga tua dan yang mengalami masalah penghadaman
  • Menjulang lebih dari 10 anugerah
  • Halal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trying To Conceive

Lilypie Trying to Conceive 15 to 80 day cycle tickers